04 Mei 2026 | Isnin | 10.00 pagi
Lawatan kerja telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Lereh bagi menilai tahap kerosakan infrastruktur sekolah demi memastikan kesejahteraan serta keselamatan murid sentiasa terpelihara.
Lawatan ini turut disertai oleh Pn Jamaliah Saad selaku Guru Besar SK Lereh, Ir. Mahalil Bin Mohtar, Jurutera Daerah JKR Melaka Tengah serta Pn Suriati yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Fokus utama lawatan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan penambahbaikan melibatkan kemudahan asas dan persekitaran sekolah, termasuk cadangan pembinaan susur gajah serta penyediaan ruang khas yang lebih selamat dan teratur bagi urusan menurunkan dan mengambil murid.
Selain itu, penambahbaikan turut dicadangkan melibatkan laluan tangga ke tingkat atas dengan penekanan kepada aspek keselamatan seperti pemasangan tiang dan penghadang yang lebih kukuh. Penyelenggaraan dan penggantian cermin yang rosak serta naik taraf kemudahan tandas sekolah juga diberi perhatian bagi memastikan keselesaan dan kebajikan murid sentiasa terjamin.
Struktur dewan terbuka sekolah turut dikenalpasti memerlukan penambahbaikan bagi memastikan keselamatan pengguna serta keselesaan ketika menjalankan aktiviti sekolah dalam pelbagai keadaan cuaca.
Adalah diharapkan agar segala cadangan yang dikemukakan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, kondusif dan mesra murid.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat