Meninjau aduan berkaitan longkang yang berbau akibat saliran air yang tidak lancar di Kampung Lereh.
Keadaan longkang yang tersumbat dan aliran air yang tidak sempurna boleh mengundang ketidakselesaan kepada penduduk serta memberi kesan terhadap kebersihan persekitaran.
Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan susulan akan diselaraskan bersama pihak berkaitan bagi memastikan kerja pembersihan serta penambahbaikan saliran dapat dilaksanakan dengan segera.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat