Alhamdulillah, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasukan Bola Tampar Duduk dari DUN Pantai Kundor yang telah berjaya menjuarai Kejohanan Bola Tampar Duduk Terbuka Negeri Terengganu.
Kejayaan ini amat membanggakan dan menjadi bukti semangat juang, disiplin serta kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan para pemain dan pengurusan pasukan.
Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang serta mengharumkan nama DUN Pantai Kundor di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan dan semua yang terlibat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat