• Main
  • News

Perjumpaan Bersama Semua Ketua Wanita Dun Telah Berlangsung

Perjumpaan Bersama Semua Ketua Wanita Dun Telah Berlangsung

Perjumpaan bersama semua Ketua Wanita DUN telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen. Turut hadir, Penyelaras UMNO DUN, En. Azhar serta SU DUN, En. Faizal.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua Ketua Wanita amat membanggakan. Tahniah diucapkan atas amanah yang telah dijunjung dengan penuh dedikasi.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada struktur jentera di setiap cawangan serta gerak kerja di peringkat akar untuk memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan organisasi terus diperkukuh.

Sesungguhnya, kerjasama yang baik akan menghasilkan gerak kerja yang cemerlang.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang sangat baik daripada semua Ketua Wanita.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU