• Main
  • News

04 Mei 2026 | Isnin | 10.00 Pagi

04 Mei 2026 | Isnin | 10.00 Pagi

04 Mei 2026 | Isnin | 10.00 pagi

Alhamdulillah, lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Lereh bagi menilai cadangan meningkatkan aspek keselamatan dan perlindungan murid, termasuk pembinaan susur gajah serta penyediaan ruang khas yang akan diturap untuk kemudahan turun dan mengambil murid.

Lawatan ini turut disertai oleh Pn Jamaliah Saad selaku Guru Besar SK Lereh, Ir. Mahalil Bin Mohtar, Jurutera Daerah JKR Melaka Tengah serta Pn Suriati yang mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Lawatan pemeriksaan JKR amat penting bagi mengenal pasti tahap keselamatan dan baik pulih yang perlu dilaksanakan demi menjaga keselamatan pelajar.

Insya-Allah, saya akan memastikan segala cadangan yang dibangkitkan dapat dilaksanakan demi keselesaan dan keselamatan murid.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat