25 April 2026 | Sabtu, jam 11.00 malam
Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi bakal Hajjah, Puan Normah Samed bersama suami, Encik Daud Mohamed di kediaman mereka di Tangga Batu Pekan.
Maaf kerana terlewat hadir, kerana mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan pada siang tadi.
Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang persiapan menuju ke Tanah Suci. Sama-sama kita mendoakan agar ibadah haji yang bakal dilaksanakan diterima Allah SWT serta dikurniakan haji yang mabrur.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat