25 April 2026 | Sabtu jam 9.30 pagi hingga selesai.
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Program Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Lereh yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai menu makanan yang dijual, permainan yang menarik buat anak-anak serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana. Lebih membanggakan, jualan ini dilaksanakan bersama anak-anak murid dan para guru, sekali gus memberi pengalaman sebenar dalam menguruskan perniagaan kecil.
Selain memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai dunia keusahawanan, program ini juga memupuk semangat kreativiti, keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi dalam kalangan mereka.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak sekolah, para guru serta semua yang terlibat dalam menjayakan program yang cukup bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini terus melahirkan generasi usahawan yang berjaya pada masa hadapan.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat