22 April 2026 | Rabu | 10.00 pagi
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan hadir menyantuni para peserta yang menghadiri Taklimat Penubuhan dan Pendaftaran Koperasi yang disampaikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka, bertempat di Hotel Puteri Bay.
Taklimat ini amat bermanfaat dalam memberi pendedahan serta panduan kepada masyarakat yang berminat untuk menubuhkan koperasi sebagai salah satu medium memperkasa ekonomi komuniti.
Turut hadir, Tuan Mustafa Kamal bin Mohd Nor, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka.
Semoga segala usaha ini dapat memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat