• Main
  • News

18 April 2026 | Sabtu

18 April 2026 | Sabtu

18 April 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat dan kesepaduan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO atas kesudian hadir ke Tangga Batu, menyantuni akar umbi serta menyempurnakan perasmian majlis pada hari ini. Kehadiran beliau pastinya menyuntik semangat baharu dan memperkukuh tekad perjuangan seluruh jentera UMNO di bahagian ini.

Kita turut menyambut baik seruan “Rumah Bangsa” yang digagaskan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sebagai landasan memperkukuh kesatuan parti. Di Tangga Batu, kita komited untuk terus memperkukuhkan ukhuwah, mengetepikan perbezaan dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap demi masa depan parti.

Sekalung penghargaan kepada seluruh kepimpinan bahagian, cawangan serta akar umbi yang menjadi tulang belakang kejayaan penganjuran majlis ini.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#UMNOsatuPerjuangan