17 April 2026.
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan hadir ke Masjid At-Taqwa Bukit Darat bagi bersama-sama memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri serta menyantuni bakal jemaah haji dan hajjah.
Seramai 15 orang bakal tetamu Allah diraikan, terdiri daripada 5 orang dari Bukit Darat, 1 orang dari Paya Lubuh, 6 orang dari Tangga Batu Pekan dan 3 orang dari Kampung Gelam.
Semoga semua bakal jemaah haji dan hajjah ini dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dianugerahkan haji yang mabrur. ????
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat