• Main
  • News

17 April 2026 | Jumaat

17 April 2026 | Jumaat

17 April 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, sekitar Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia.

Majlis yang berlangsung di MITC Ayer Keroh ini turut dihadiri barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Kehadiran ribuan ahli serta pemimpin UMNO Melaka bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka jelas mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Presiden.

Dalam ucapan yang disampaikan, penekanan diberikan kepada aspek kesatuan, memperkukuh rumah bangsa serta kesiapsiagaan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Semoga semangat ini terus diperkukuh demi memastikan perjuangan parti sentiasa relevan dan dekat di hati rakyat.

Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat