• Main
  • News

Makluman Kejadian Ribut Di Pantai Kundor

Makluman Kejadian Ribut Di Pantai Kundor

Makluman Kejadian Ribut di Pantai Kundor

Pagi ini telah berlaku bencana ribut yang melanda Pantai Kundor serta beberapa kawasan kampung berhampiran. Antara lokasi yang turut terjejas ialah Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di JAPERUN Pantai Kundor.

Untuk makluman semua, kejadian ini melibatkan pendawaian kabel aliran elektrik. Demi keselamatan orang ramai, pihak TNB telah mengambil tindakan menutup sementara bekalan elektrik bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan BOMBA Tangga Batu dan TNB atas tindakan pantas dalam mengawal keadaan serta menjalankan kerja-kerja pemulihan.

Semoga segala urusan dipermudahkan.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat