07 April 2026 | Selasa
Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mcorp bersama anak syarikat serta rakan strategik yang berlangsung di MITC.
Majlis yang penuh meriah ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat.
Turut hadir tetamu kehormat, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang telah menyerikan lagi majlis ini.
Terima kasih atas jemputan dan layanan yang amat baik. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat