06 April 2026
Alhamdulillah, berkesempatan mengadakan kunjung hormat bersama Tuan Mohd Fassli Bin Esa, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Pejabat SSM.
Pertemuan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan usahawan, pemerkasaan perniagaan dan peranan SSM dalam membantu komuniti setempat.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi manfaat bersama.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat