04 April 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bertempat di Padang SK Felda Bukit Senggeh.
Dalam masa yang sama, tuan rumah YB Fairul Nizam Roslan Along turut meraikan kehadiran masyarakat berbilang kaum melalui penganjuran Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Asahan yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni.
Program WRUR ini merupakan siri yang ke-11 dan juga yang pertama diadakan bagi tahun 2026. Bermula tahun ini, pelaksanaan WRUR akan menggunakan format baharu iaitu dianjurkan di DUN-DUN mengikut Parlimen.
Semoga program seperti ini terus memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat