31 Mac 2026 | Selasa
Tahniah Sek Men Seri Tanjung yang mencapai keputusan terbaik diantara Tahun -Tahun sebelum ini. Pencaipaian kelulusan tahun 2025 hampir 99.08 % lulus.
Tahniah 2 pelajar mencapai Streigh A
14 pelajar 5A
13 pelajar 6A
1 pelajar 8A
Dan tahniah juga,kepada semua pelajar yang menerima keputusan sederhana dan memuaskan. Langkah bermula disini.
Perjalanan masih jauh. Kerja keras dan usha tangga kejayaan.
Tahniah PIBG DAN GURU -GURU SEMUA JASA DAN PENGORBANAN MU TERBALAS KINI DENGAN KEPUTUSAN CEMERLANG PERLAJAR.
Tahniah saya ucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas usaha, ketekunan, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh peperiksaan. Setiap titik peluh dan kerja keras anda hari ini membuahkan hasil, sama ada keputusan yang cemerlang atau sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
Pagi ini saya bersama pelajar-pelajar SMK Seri Tanjung yang hadir bagi mengambil keputusan peperiksaan SPM 2025. Alhamdulillah, pencapaian yang terbaik sepanjang tahun. Tahniah kepada semua pelajar, guru-guru serta ibu bapa.
Ingatlah, keputusan peperiksaan hanyalah salah satu langkah dalam perjalanan kehidupan. Kejayaan sebenar adalah meneruskan usaha, mengekalkan semangat belajar, dan membina peribadi yang berakhlak mulia. Jangan gentar untuk menghadapi cabaran yang akan datang; setiap pengalaman adalah guru yang berharga.
Saya mendoakan agar semua pelajar diberi kekuatan, kesabaran, dan peluang untuk terus menimba ilmu, sama ada melalui pendidikan tinggi, latihan kemahiran, atau bidang lain yang diminati. Jadikan pencapaian ini sebagai batu loncatan untuk masa depan yang lebih gemilang.
Tahniah sekali lagi, dan semoga segala impian anda tercapai.
Ikhlas daripada,
YB Datuk Tuminah Binti Kadi @ Mohd Hashim
Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap ADUN Pantai Kundor.