29 Mac 2026 | Ahad jam 9.30 malam
Malam ini saya mengadakan satu perbincangan khas bagi membincangkan persiapan Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Pantai Kundor Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 8 April 2026 bertempat di Padang Arena Petanque Hang Jebat.
Perbincangan ini melibatkan penyelarasan pelbagai aspek penting termasuk atur cara majlis, logistik, keselamatan, penyediaan juadah serta penyertaan komuniti setempat bagi memastikan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar dan meriah.
Semoga segala perancangan yang dirangka dipermudahkan dan sambutan yang bakal diadakan nanti menjadi medan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat Aidilfitri dalam kalangan masyarakat setempat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat