Alhamdulillah, hadir bersama rakan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka dalam memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka Tahun 2026 bertempat di MITC.
Suasana majlis cukup meriah dengan kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bersama keluarga bagi sama-sama meraikan Syawal dalam penuh kegembiraan dan keharmonian.
Kesempatan ini juga memberi ruang untuk beramah mesra, bertemu secara lebih dekat serta mendengar sendiri pandangan dan harapan rakyat, selaras dengan semangat kepimpinan yang sentiasa mendahulukan rakyat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka serta YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat