25 Mac 2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan BOMBA Tangga Batu yang bertindak pantas dalam membantu memadamkan kebakaran rumah milik En. Mohamad Hafiz bin Razali.
Syukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun begitu, kejadian ini telah menyebabkan sebahagian rumah mengalami kerosakan.
Takziah kepada keluarga mangsa atas musibah yang berlaku—sesungguhnya ujian ini tidak diingini oleh sesiapa. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
Insya-Allah, saya akan berusaha membantu bersama Pejabat Daerah Melaka Tengah bagi meringankan beban yang ditanggung.
Dalam keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku tanpa diduga. Justeru, marilah kita semua sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat