18 Mac 2026 | Rabu
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dalam Majlis Tadarus serta Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada golongan yang kurang berkemampuan di Kampung Tanah Merah Jaya.
Sumbangan turut disampaikan kepada pegawai syarak, AJK-AJK masjid serta AJK JPKK Tanah Merah Jaya sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat bakti mereka kepada masyarakat setempat.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Semoga usaha murni ini terus menyemai nilai keprihatinan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat