16 Mac 2026 | Isnin
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir bersama dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada para pemimpin dalam DUN Pantai Kundor serta Wanita Bahagian Tangga Batu.
Majlis ini menjadi ruang untuk kita berkumpul dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan di bulan Ramadan yang mulia. Di samping itu, sumbangan yang disampaikan diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha dan keprihatinan seperti ini terus mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.
Semoga Ramadan yang kita lalui ini terus membawa keberkatan kepada kita semua. ????✨
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat