• Main
  • News

16 Mac 2026 | Isnin

16 Mac 2026 | Isnin

16 Mac 2026 | Isnin

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Majlis Perlantikan Pemimpin Muda Peringkat Sekolah yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam.

Majlis ini merupakan satu platform penting dalam melahirkan bakal pemimpin masyarakat dan negara pada masa hadapan. Melalui pelantikan ini, para pelajar bukan sahaja diberi amanah untuk memimpin rakan-rakan mereka, malah turut dididik untuk membentuk sikap lebih bertanggungjawab, berdisiplin serta berintegriti dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang dilantik. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi serta menjadi pengalaman berharga dalam membentuk jati diri sebagai pemimpin muda yang berwibawa.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pengetua sekolah, Puan Hajah Ainah Binti Idris, para guru serta seluruh warga sekolah atas usaha berterusan dalam membimbing dan melahirkan generasi pelapis kepimpinan negara.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat