15 Mac 2026 | Ahad jam 9.30 pagi
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Perdana DUN Pantai Kundor anjuran JAPERUN Pantai Kundor yang berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid Ibadur Rahman.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Hairul Amin yang telah menyampaikan ceramah selepas selesainya majlis khatam Al-Quran, dengan pengisian yang sangat bermanfaat sebagai peringatan dan motivasi kepada para hadirin.
Syukur Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih daripada 500 peserta tadarus yang bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan penglibatan semua pihak dalam mengimarahkan bulan Ramadan ini diberkati dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini. Semoga semangat mencintai Al-Quran terus subur dalam kalangan masyarakat kita. ????✨
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat