Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Program Santai Sahur bersama kepimpinan Cawangan Pantai Rombang serta warga DUN Pantai Kundor.
Suasana santai di awal pagi ini bukan sahaja memberi ruang untuk menikmati juadah sahur bersama, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan antara kepimpinan dan masyarakat setempat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sdr. Safiq Majid selaku Pengerusi JPKK Pantai Rombang atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga program seperti ini terus menyemarakkan semangat Ramadan serta memperkukuh ukhwah dalam kalangan masyarakat setempat. ????✨
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat