• Main
  • News

14 Mac 2026 | Sabtu

14 Mac 2026 | Sabtu

14 Mac 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, pada malam ini saya mengadakan Program Kacau Dodol Perdana dan Masak Kuih Tradisional DUN Pantai Kundor anjuran JAPERUN Pantai Kundor.

Program ini bukan sahaja menghidupkan kembali tradisi masyarakat Melayu menjelang Hari Raya Aidilfitri, malah menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat.

Turut hadir bersama memeriahkan program ini ialah YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Melaka, serta barisan kepimpinan masyarakat dan penduduk setempat yang sama-sama bergotong-royong menjayakan program ini.

Sebanyak 10 kawah dodol dimasak yang melibatkan penyertaan warga DUN dari setiap cawangan, di samping penglibatan jabatan serta agensi yang turut bersama-sama memeriahkan program ini dengan semangat gotong-royong.

Dodol yang telah siap dimasak kemudiannya dibungkus dan diedarkan kepada para pengguna jalan raya di sekitar kawasan tersebut sebagai tanda berkongsi rezeki serta menyemarakkan lagi kemeriahan Ramadan dan persiapan menjelang Hari Raya. Alhamdulilah melebihi 1,000 warga yang hadir menikmati keenakan dodol asli gula melaka.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah memperkukuh perpaduan, memelihara warisan budaya dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat di DUN Pantai Kundor.

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat