• Main
  • News

12.3.2026 | Khamis

12.3.2026 | Khamis

12.3.2026 | Khamis

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Program Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 Peringkat Parlimen Tangga Batu yang diadakan di Dewan Tertutup MBMB, Taman Paya Rumput Perdana.

Program tahunan ini diadakan bagi membantu para penerima membuat persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, di samping meringankan beban mereka dalam menyambut Syawal dengan lebih bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka atas usaha berterusan dalam menjaga kebajikan masyarakat khususnya di Parlimen Tangga Batu.

Turut hadir bersama En. Mohd Fasarul Md Isa yang mewakili YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka; YB Datuk Wira Lim Ban Hong, ADUN Klebang; Puan Halyjah Binti Muhamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, barisan pemimpin masyarakat serta kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberi kegembiraan dan sedikit kelegaan kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga segala usaha kebajikan ini terus dipermudahkan dan diberkati. ????✨

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat