11 Mac 2026 | Selasa
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir ke Majlis Moreh YAB Ketua Menteri Melaka bersama para rider dan rakan-rakan GIG yang diadakan di Seri Bendahara, Air Keroh.
Suasana penuh kemesraan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadi ruang untuk kita berkongsi pandangan serta mendengar sendiri suara dan pengalaman golongan rider serta pekerja gig yang turut memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini.
Semoga pertemuan seperti ini terus mengukuhkan hubungan antara kepimpinan dan rakyat, serta membawa kebaikan kepada semua. ????✨
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat