• Main
  • News

09 Mac 2026 | Isnin Jam 3.00 Ptg

09 Mac 2026 | Isnin Jam 3.00 Ptg

09 Mac 2026 | Isnin jam 3.00 ptg

Alhamdulillah, hari ini saya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pengisian Program dan Aktiviti bagi Program WRUR serta pengumpulan maklumat pencapaian yang dipengerusikan oleh YB Allex Seah, EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras pelaksanaan program serta mengumpulkan maklumat berkaitan pencapaian yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak, agar segala inisiatif dapat digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan demi manfaat rakyat.

Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi impak positif kepada pembangunan usahawan serta kesejahteraan masyarakat di Negeri Melaka.

Mesyuarat berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah, Seri Negeri.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat