• Main
  • News

09 Mac 2026

09 Mac 2026

09 Mac 2026

Alhamdulillah, Malam tadi saya berkesempatan meluangkan masa bersama rakan-rakan dalam Program Kacau Dodol anjuran UMNO Cawangan Tangga Batu Jaya.

Program seperti ini amat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu kita sejak turun-temurun. Selain menghidupkan tradisi, ia juga menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan semangat ukhwah dalam kalangan masyarakat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sdr. Mohd Faizal selaku Ketua UMNO Cawangan Tangga Batu Jaya serta seluruh jawatankuasa dan penduduk yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga aktiviti gotong-royong yang penuh makna seperti ini terus diperkasakan sebagai wadah menyatukan masyarakat, khususnya dalam mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat