08 Mac 2026 | Ahad jam 2.00 petang
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Konvoi Ramadan Belia Prihatin Peringkat Parlimen Tangga Batu 2026.
Program ini merupakan inisiatif yang amat baik dalam menyemarakkan semangat kebersamaan serta menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan. Tahniah dan syabas kepada semua pihak khususnya golongan belia yang terlibat dalam menjayakan konvoi ini demi membantu serta menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi dan memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar Parlimen Tangga Batu. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat