• Main
  • News

???????????? ???????????? ???????????????????????????????? ???????????????????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????

7 Mac 2026 – Alhamdulillah, bersempena 17 Ramadan 1447H, saya berkesempatan menghadiri Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Tangga Batu yang berlangsung di Masjid As-Solihin, Paya Rumput.

Majlis ini menyaksikan seramai 120 penerima menerima sumbangan bantuan Ramadan sebagai tanda keprihatinan dan usaha meringankan beban golongan yang memerlukan dalam menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Bersama beliau ialah YB Datuk Haji Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim & Pengurusan Bencana Negeri Melaka merangkap ADUN Paya Rumput serta YB Datuk Wira Lim Ban Hong.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima dalam membuat persiapan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang. Mudah-mudahan segala usaha kebajikan ini diberkati serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat