Assalamualaikum dan Salam Ramadan
Singgah Sahur Peringkat DUN Pantai Kundor
Alhamdulillah, program singgah sahur tengah pagi tadi bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan EXCO Pendidikan Agama, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Rosli bin Abdullah.
Hadir sama meluangkan masa Pegawai Tugas Khas MAIM, YBhg. Datuk Wira Md. Rawi bin Mahmud dan Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Norazmi bin Hussin..
Alhamdulillah, saya serta peserta konvoi berkesempatan menyantuni lapan (8) buah rumah melalui program Singgah Sahur di sekitar DUN Pantai Kundor. Tiga (3) daripadanya merupakan rumah asnaf MAIM.
Turut disampaikan kit makanan dan sedikit sumbangan tunai sebagai tanda keprihatinan. Semoga Ramadan ini membawa keberkatan buat kita semua.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat
@top fans