• Main
  • News

Alhamdulillah, Semalam Saya Berkesempatan Hadir Ke Majlis Santunan

Alhamdulillah, Semalam Saya Berkesempatan Hadir Ke Majlis Santunan

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan hadir ke Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, Bukit Palah.

Alhamdulillah syukur kerana dapat bersama-sama meraikan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang turut hadir menyerikan majlis penuh keberkatan ini. Ketibaan beliau disambut oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan kepimpinan negeri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama TPM kerana sudi hadir menyantuni para jemaah dan masyarakat Melaka yang hadir dengan penuh kemesraan dan kegembiraan, sekali gus menzahirkan keprihatinan kepimpinan negara terhadap rakyat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat