• Main
  • News

Menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Dan Iftar Jamaie



Menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega yang diadakan di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, Bukit Palah.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Kehadiran orang ramai dari seluruh Negeri Melaka termasuk anak-anak madrasah yang turut bersama-sama berbuka puasa memeriahkan lagi suasana majlis. Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat, malah menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Semoga segala usaha dan kebersamaan ini terus memperkukuh perpaduan serta membawa keberkatan kepada kita semua, insya-Allah. ????✨

Ab Rauf Yusoh Zahid Hamidi #PantaiKundorDihati #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat #MelakaSayangRakyat