05 Mac 2026 | Khamis
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan hadir ke pejabat Tn. Ir. Hj. Salzeli Bin Mokhtar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Tengah, bagi mengadakan kunjung hormat.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai beberapa perkara berkaitan pembangunan serta keperluan infrastruktur di kawasan DUN, selain mengukuhkan kerjasama antara pihak JKR dan pejabat Japerun demi memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat