01 Mac 2026 | Ahad
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Tokong Hock Seng Keng, Lereh bagi memenuhi jemputan serta menyantuni masyarakat setempat.
Turut hadir sama iaitu Mr Chiu Chee Ming selaku Pengerusi Tokong Hock Seng Keng, SM Fardhil Ghaus Ketua Balai Polis Tjg Kling, serta kepimpinan masyarakat dalam DUN Pantai Kundor.
Kehadiran ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya serta semangat perpaduan yang telah sekian lama menjadi kekuatan komuniti di kawasan ini. Semoga hubungan harmoni yang terjalin terus diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat