1 Mac 2026 | Ahad jam 6.30 petang
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Sumbangan kepada warga Solok Biak yang kurang bernasib baik di perkarangan Surau Nurul Hidayah,Solok Biak.
Majlis yang penuh keberkatan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama penduduk, malah memberi ruang untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki dan menyantuni golongan yang memerlukan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
Semoga segala sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban penerima dan membawa kegembiraan dalam membuat persiapan berbuka puasa serta menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan kebaikan kita diterima sebagai amal ibadah. ????✨
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat