28 Februari 2026 | Sabtu jam 9.30 pagi
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan hadir ke Majlis Khatam Al-Quran anjuran JPKK Bukit Darat yang disertai seramai 30 orang peserta terdiri daripada Wanita Cawangan yang dipimpin oleh Pn Azlina selaku Mu'alimah.
Turut bersama iaitu En Ab Dullah Bakar; Pengerusi JPKK Bukit Darat, serta kepimpinan yang hadir.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Semoga segala usaha, kesungguhan dan istiqamah dalam mendalami kalam Allah ini diberkati serta menjadi asbab kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan seharian.
Program sebegini amatlah bermakna dalam menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan serta mengeratkan ukhuwah sesama ahli kariah dan masyarakat setempat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat