23 Februari 2026 | Isnin
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menziarahi En. Borhan di kediamannya di Taman Seri Tanjung dengan membawa katil pesakit bagi kegunaan beliau yang kini terlantar akibat masalah kesihatan.
Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi sedikit keselesaan dan memudahkan urusan penjagaan harian beliau oleh ahli keluarga. Saya amat menghargai ketabahan serta pengorbanan keluarga yang setia menjaga dengan penuh kasih sayang.
Sama-sama kita doakan agar En. Borhan diberikan kesembuhan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat