Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan ini saya berkesempatan menyantuni semua masjid dan surau di DUN Pantai Kundor dengan menyampaikan sumbangan kurma dan air mineral untuk juadah berbuka puasa serta kegunaan ketika sesi tadarus di masjid.
Sepanjang bulan yang mulia ini, masjid-masjid di DUN kita aktif melaksanakan bacaan Al-Quran dan tadarus secara berkumpulan melibatkan kaum lelaki dan wanita. Kebiasaannya dipimpin oleh Imam 1 atau Imam 2, serta dibantu oleh pegawai syarak wanita yang turut menjadi guru dalam membimbing bacaan Al-Quran.
Semoga dengan pemberian kurma dan mineral daripada saya ini, dapat sama-sama dirasai manfaatnya dan menambahkan lagi keberkatan Ramadan buat seluruh kariah.
Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa masjid dan surau yang terus mengimarahkan rumah Allah sepanjang bulan yang penuh rahmat ini.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat