Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut dan Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam, khususnya warga DUN Pantai Kundor.
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan, memperkukuh ukhuwah sesama kita, menyemai rasa keinsafan dan meningkatkan amal ibadah kita semua. Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan sedekah, menjaga tutur kata serta mempererat hubungan silaturahim.
Semoga segala amalan kita diterima dan kita semua dikurniakan kesihatan serta kekuatan untuk menjalani ibadah dengan penuh keikhlasan.
Salam Ramadhan Kareem ????????
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat