17 Februari 2026 | Selasa
Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan menyantuni para peserta dalam Kejohanan Karom Beregu Tertutup Melaka Piala YB Datuk Tuminah Kadi yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan.
Program anjuran JAPERUN Pantai Kundor bersama Gerakan Belia 4B Cawangan Paya Luboh ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dalam sukan karom, malah mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan belia serta masyarakat setempat.
Saya turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan atas usaha, komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.
Tahniah kepada semua peserta dan syabas kepada pihak penganjur atas penganjuran yang begitu baik. Semoga program seumpama ini terus dianjurkan demi melahirkan belia yang aktif, berdaya saing serta memperkukuh perpaduan komuniti.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat