15 Februari 2026 | Ahad
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan hadir ke Tanah Perkuburan Tanjung Kling (Makam Hang Tuah) bersama masyarakat kampung bagi menjayakan program gotong-royong membersihkan kawasan serta mengecat batu nisan.
Program seperti ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk, malah menjadi tanda penghormatan kita kepada insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah.
Kebersihan dan keceriaan kawasan perkuburan adalah tanggungjawab bersama agar ia sentiasa terpelihara dan dihormati.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat