14 Februari 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Scientex Melaka yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bertempat di Pejabat Jualan Scientex Heights Sdn Bhd, Paya Rumput Perdana.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput, serta YBhg. Datuk Alex Khaw, Pengarah Scientex Melaka.
Semoga projek pembangunan ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dalam menyediakan lebih banyak peluang perumahan yang berkualiti serta merancakkan lagi pembangunan di kawasan Paya Rumput.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat