14 Februari 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, pagi ini saya hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Karnival Demi Paya Rumput yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bertempat di Stadium Hang Jebat.
Karnival ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, malah turut menghimpunkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat serta impak positif kepada komuniti setempat.
Semoga program seumpama ini terus dilaksanakan bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat