10 Februari 2026 | Selasa jam 10.00 pagi
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan merasmikan Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadhan dan Syawal (Zakat Fitrah dan Fidyah) kepada Asnaf Fakir dan Miskin oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tahun 2026M/1447H, bertempat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Tanah Merah Jaya.
Seramai 465 orang penerima daripada DUN Pantai Kundor telah menerima bantuan dalam program ini, sebagai usaha meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal.
Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan ShaifulFazlee bin Mohammad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka; Puan Rohaizah, Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM; pegawai-pegawai MAIM; Ahli Jawatankuasa Masjid; serta barisan kepimpinan masyarakat DUN Pantai Kundor.
Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat, keberkatan dan sedikit kelegaan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat