• Main
  • News

07 Februari 2026 | Sabtu Jam 10.00 Pagi

07 Februari 2026 | Sabtu Jam 10.00 Pagi

07 Februari 2026 | Sabtu jam 10.00 pagi

Alhamdulillah, pada pagi ini saya hadir bersama dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina 2026 anjuran BISTARI dan Japerun Pantai Kundor yang berlangsung di Dewan JAPERUN Pantai Kundor.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YABhg Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Binti Abd Aziz, Pengerusi BISTARI Negeri Melaka, serta barisan isteri-isteri wakil rakyat Negeri Melaka.

Majlis ini dianjurkan sebagai tanda keprihatinan dan komitmen berterusan BISTARI dalam menyemai nilai kebersamaan, saling menghormati, serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Seramai 20 penerima sumbangan yang terpilih dikalangan kurang berkemampuan, di dalam Bahagian Tangga Batu.

Diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban para penerima, di samping membawa kegembiraan dalam menyambut Perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat