• Main
  • News

Melaka Komited Untuk Terus Memajukan Ekonomi Negeri Dengan

Melaka Komited Untuk Terus Memajukan Ekonomi Negeri Dengan

Melaka komited untuk terus memajukan ekonomi negeri dengan memperkasakan sektor eco -pelancongan.

Hal ini kerana Melaka mempunyai kelebihan dari segi muka bumi , warisan alam semula jadi dan lokasi sejarah, serta juga lokasi strategik yang sesuai untuk pembangunan pelancongan yang mampan.

Pembangunan pelancongan ini bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa malah mampu
meningkatkan ekonomi setempat, peluang pekerjaan, memelihara khazanah semula jadi negeri.

Contohnya lawatan sehari bersama investor ke Pulau Besar dan Pulau Sekitarnya.
Memberikan gambaran jelas, bentuk pembangunan dan naik taraf lokasi kawasan sekitar.

Diharap lawatan bersama pelabur dan juga penerangan daripada wakil MCORP.
Melalui pegawai Tuan Syahir bin Salleh dan Tuan Mohamad Sharizal Bin Azli dapat memberikan gambaran jelas arah tuju pembangunan yang dirangka oleh negeri Melaka.

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan. Insyallah.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat
#mcorp