03 Feb 2026 | Selasa jam 10.30 pagi.
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah menghadiri lawatan tapak projek Kompleks Al-Quran Darul Jannah yang bertempat di Mukim Bukit Rambai, Melaka Tengah.
Turut hadir sama iaitu Ustaz Johari Bin Hussin selaku Pengerusi Kompleks Al-Quran Darul Jannah, tenaga pengajar dan juga pelajar-pelajar di Kompleks tersebut.
Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan semasa projek serta memastikan perancangan yang dilaksanakan berjalan lancar mengikut jadual. Untuk pengetahuan semua, pelajar di Kompleks tersebut merupakan pelajar daripada golongan orang dewasa
Untuk makluman semua dermawan kehalian murid Darul Jannah ini hampir 3000 orang.
Pusat pembelajaran untuk masa ini bertempat dimerata masjid didalam negeri Melaka. Diharap dengan bantuan dermawan rakyat Malaysia kami dapat mendirikan komplex darul jannah untuk menempatkan kesemua pelajar. .
Semoga pembinaan kompleks ini dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat sebagai pusat pengajian, pembudayaan Al-Quran dan pembangunan sahsiah ummah.
Sehubungan itu, saya menyeru dan memohon sumbangan daripada para dermawan serta orang ramai bagi membantu melancarkan pembinaan Kompleks Al-Quran Darul Jannah ini. Setiap sumbangan amat bermakna dan diharapkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
Maklumat sumbangan:
No Akaun: 1005601000079475 (Agro Bank)
Nama Akaun: Perkama Kompleks Al-Quran Darul Jannah.
Ab Rauf Yusoh
@top fans
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat