02 Februari 2026 | Isnin jam 10.30 pagi
Pagi ini saya menghadiri Majlis Penerangan Berkelompok Pendidikan Kemahiran dan Pendidikan Komuniti KEMAS Parlimen Tangga Batu 2026 yang berlangsung di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Tangga Batu.
Turut hadir ialah Puan Jasriwati Binti Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Komuniti dan Kemahiran KEMAS Negeri Melaka.
Program ini memberi pendedahan serta maklumat berkaitan peluang pendidikan kemahiran dan pembangunan komuniti kepada masyarakat setempat, sekali gus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan keluarga.
Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat demi melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berkemahiran dan berilmu.
Insyallah saya akan bantu jabatan kemas untuk laksanakan banyak lagi program demi tingkatkan ekonomi masyarakat dan komoniti negeri melaka.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat